Catatan buat Teman Setia

Bukan kerana wajah indahmu
aku mengenalimu

Bukan kerana senyum tawamu
aku mendekatimu

Bukan kerana gagah perkasamu
aku mengagumimu

Tapi kerana hati nuranimu
aku mensahabatimu

Juga kerana tulus budimu
aku mendampingimu

Jauh di sudut hati
aku hanyalah ingin mencinta

Dengan sekuat jiwa dan raga
ingin menjadi teman setia

Bukannya tidak bisa bersendiri
juga bukannya tidak mahu menyendiri

Aku hanya ingin memberi
sekuat hati menjaga, mengerti hati

Membawa kasih sekian tercipta
ke jalan hidayah, ke hentian redha

Berapa jauh pun mengembara dunia
yang mahal tetap hati kita

Kerana tersimpul dengan rantai emas
bersalut setia dan restu Maha Kurnia

Takkan berkarat, takkan putus
meski berpisah dari alam dunia

Sampai Dia meredhai kita
biar sampai di kamar syurga.

Kampung Dungun Timbok, Tuaran, Sabah.
Jumaat, 16 Jun 2017, jam 6.18 petang.

Comments